Skip to content

Kelestarian Ekosistem Kelulut & Alam Lestari (Kekal) Bersama Komuniti Felda Tenggaroh 7, Mersing.

Emel: pengetuakdoj@utm.my

Pengenalan

Pembangunan kelulut di Malaysia kian pesat membangun. Namun, aktiviti pengambilan koloni kelulut liar dari habitat semula jadi tanpa usaha pemulihan habitat telah menyebabkan populasi kelulut liar semakin berkurangan.

Bukan itu sahaja, aktiviti pembukaan tanah bagi tanaman seperti kelapa sawit juga penyumbang kepada penurunan populasi lebah kelulut di kawasan tertentu terutamanya di Johor. Sehubungan dengan itu, penganjuran Kekal Bersama Komuniti Felda Tenggaroh 7 merupakan salah satu usaha pembangunan pendedahan pengetahuan dan pendidikan kelestarian kepada masyarakat.

Selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), program ini dirancang dengan teliti bagi mewujudkan 5 pengaplikasikan prinsip-prinsip pembangunan mampan iaitu SDG 3 (Kesihatan dan Kesejahteraan yang Baik), SDG 4 (Pendidikan Berkualiti), SDG 5 (Kesaksamaan Gender), SDG 12 (Penggunaan dan Pengeluaran Bertanggungjawab) dan SDG 17 (Perkongsian untuk Matlamat)

Selain itu, program ini dijangka memberikan impak positif terhadap pelbagai pihak, khususnya komuniti felda, pelajar sekolah dan universiti serta NGO kesukarelawan.

Pelajar juga berpeluang untuk menglibatkan diri secara terus dalam aktiviti dan perbincangan intelektual yang melibatkan pemberdayaan teknologi, STEM, TVET budaya dan jasa bakti komuniti. Selain itu, pelajar juga dapat meneramkan dan membudayakan pembanguna ADAB dalam diri mereka, selari dengan aspirasi UTM untuk menginsanikan pelajar UTM.

Secara ringkasnya, program Kelestarian Ekosistem Kelulut & Alam Lestari (KEKAL) merupakan inisiatif yang dijalankan bersama Komuniti Felda Tenggaroh 7, Mersing, dengan tujuan mempromosikan penternakan kelulut secara lestari dan meningkatkan kesedaran alam sekitar. Program ini memberi impak dalam aspek komuniti, ekonomi, dan kelestarian. Dari segi komuniti, ia melibatkan pelajar universiti dan melatih penternak kelulut profesional. Secara ekonomi, program ini membantu melahirkan usahawan kelulut dan perusahaan kecil sederhana, meningkatkan pendapatan komuniti setempat. Dalam aspek kelestarian, ia menekankan pembelajaran sepanjang hayat, perkongsian ilmu, dan pemeliharaan alam sekitar melalui peranan kelulut sebagai pendebunga. Program ini juga membangunkan modul pengajaran, sesi praktikal, dan penerbitan ilmiah, serta memperkenalkan inovasi seperti aplikasi IoT untuk pengurusan lebah kelulut. Kolaborasi dengan pelbagai pihak, termasuk komuniti Felda dan institusi pendidikan, memperkukuhkan lagi impak program ini.

a residential college of Dato’Onn Jaafar, at Universiti
Teknologi Malaysia
as shown in Fig.
7. It was installed
there because the location was surrounded with forests
which are rich in wildflowers and trees with natural plant
r
esins.

Kawasan Felda Tenggaroh 7, Mersing

Kawasan Felda Tenggaroh 7, Mersing

Objektif

  1. Platform sebar luas kesedaran Pembangunan kelulut yang lestari kepada komuniti.
  2. Medium pembentukkan insaniah pelajar sekolah dan UTM.
  3. Memperkasakan hubungan kerjasama dengan pelajar universiti antarabangsa.

Platform pembangunan aktiviti ekonomi penternakan kelulut dalam kalangan komuniti.

a residential college of Dato’Onn Jaafar, at Universiti
Teknologi Malaysia
as shown in Fig.
7. It was installed
there because the location was surrounded with forests
which are rich in wildflowers and trees with natural plant
r
esins.

Fasa-fasa Pelaksanaan

Laporan Aktiviti-Aktiviti KEKAL

Aktiviti-aktiviti Tarikh Nota

Pelajar universiti belajar melalui pengalaman menuai madu kelulut

Inovasi - Inovasi daripada Penternakan Kelulut

Bengkel Kelulut bersama Pelajar Antarabangsa

Kaedah Biak Baka Kelulut yang Lestari

Modul-Modul Pengajaran

Aktiviti-aktiviti bersama pelajar antarabangsa

Salah satu hasil utama daripada konsep makmal hidup adalah penerbitan. Ia membantu kami memperluaskan perkongsian pengetahuan dan berharap ia akan berkembang menjadi menghasilkan lebih banyak konsep, teknologi, atau pengetahuan, terutamanya untuk kebaikan kelestarian. Senarai penerbitan adalah:

Tajuk Tahun Jenis Penerbitan
Internet of Things (IoT) Application in Meliponiculture
2017
Journal: Scopus indexed
Automated Honey Dehydrator based on Optimized Drying Air Heat
2018
Conference proceeding: non-indexed
IoT Platform for Precision Stingless Bee Farming
2019
Conference proceeding: Scopus indexed
An Optimized Honey Dehydration System with Drying Air Temperature and Relative Humidity Control
2019
Conference proceeding: Scopus indexed

Untuk  mencapai peningkatan ekonomi komuniti melalui KEKAL, kami akan meniru konsep makmal hidup KDOJ, di mana madu lebah kelulut di tuai setiap 40 hari dan penjualannya kepada orang ramai dalam botol 74-gram dan 300-gram. Dalam konsep makmal hidup KDOJ, kakitangan pejabatKDOJ telah diberikan botol madu kelulut setiap bulan. Ini boleh membantu dalam meningkatkan imuniti badan mereka.

Kami terdorong untuk menghasilkan inovasi-inovasi untuk program KEKAL. Inovasi-inovasi tersebut selaras dengan Kementerian Sains, Teknologi, dan Inovasi, rangka kerja 10-10 MySTIE (sains, teknologi, inovasi & ekonomi). Senarai dan penerangan tentang inovasi-inovasi tersebut adalah:

Inovasi Pautan
Smart Stingless Bee Farm System: EMAS | Electronic Meliponini Advanced System
Golden Cooler Running | Honey Dehydrator
MyTradeBee – Marketplace & Resources
MyTradeBee Directory

Aplikasi EMAS berasaskan sistem Android yang berfungsi pada mana-mana sistem dengan Versi SDK 16 dan ke atas untuk membantu penternak kelulut untuk merekod maklumat-maklumat dalam penternakan lebah kelulut seperti status kesihatan sarang, maklumat asas, dan hasil tuaian madu melalui peranti pintar. Dalam ciptaan ini, semua maklumat berkaitan dengan sarang lebah kelulut akan direkod dan dipindahkan ke pangkalan data.

Golden Cooler Runnings adalah sistem yang boleh mengurangkan peratusan air dalam madu lebah kelulut dengan menggunakan mikropengawal dalam mengawal proses pengeringan yang bergantung kepada suhu, kelajuan udara pengeringan, kelembapan relatif, dan permukaan pendedahan madu yang optimum. Objektif utama adalah untuk mengurangkan kandungan air dalam madu lebah kelulut kepada 22% bagi mengelakkan penapaian dan melambatkan pengkristalan.

MyTradeBee adalah platform iklan percuma untuk komuniti lebah dengan akses menggunakan laman web dan android. Orang ramai boleh menjual madu yang mereka tuai atau menawarkan perkhidmatan kepada orang lain melalui platform ini. Motif utama platform ini adalah untuk menguatkan komuniti lebah bersama dengan perniagaan tempatan mereka.

Melalui sesi perkongsian mini siri KDOJ, ia boleh membantu penternak kelulut untuk mempunyai sistem pam madu yang cekap yang boleh membantu mereka semasa proses penuaian madu lebah kelulut.