Skip to content
Home » Notice and News » Projek Komuniti KEKAL | Penghasilan Tut Pokok Golden Penda untuk Kelulut

Projek Komuniti KEKAL | Penghasilan Tut Pokok Golden Penda untuk Kelulut

22 Mac 2025, Kolej Dato’ Onn Jaafar –Aktiviti di bawah Projek Komuniti Kelestarian Ekosistem Kelulut dan Alam Lestari (KEKAL) diteruskan dengan inisiatif penghasilan tunas pokok Golden Penda menggunakan kaedah tut seperti didemonstrasikan oleh Dr. Amri.

Beliau telah memulakan proses dengan menyediakan bahan-bahan asas seperti tanah, bekas plastik terpakai air mineral, pengikat, dan hormon pengakaran. Seterusnya, beliau memilih dahan yang sesuai sebelum menjalankan teknik tut mengikut prosedur yang betul.

Beberapa dahan yang telah ditut menunjukkan kejayaan dan telah dipindahkan ke dalam polibeg bagi memastikan pertumbuhan akar yang kukuh sebelum ditanam di kawasan ternakan kelulut di Felda Tenggaroh 7. Pokok-pokok Golden Penda ini dijangka menjadi sumber tambahan penghasilan madu kelulut kerana bunganya yang kaya dengan nektar.

Semoga usaha ini menyumbang kepada kelestarian alam sekitar, malah turut menyokong pembangunan ekonomi komuniti melalui integrasi pembangunan lanskap dan penternakan kelulut secara lestari.

Ikuti kami untuk cerita penuh berkenaan projek komuniti KEKAL ketik gambar di bawah.