Skip to content
Home » Notice and News » Bengkel Simenfero & Landskap KEKAL Fasa 3: Memacu Kelestarian Komuniti dengan Semangat Global

Bengkel Simenfero & Landskap KEKAL Fasa 3: Memacu Kelestarian Komuniti dengan Semangat Global

19 April 2025 | Mersing, Johor – JKM Kolej Dato’ Onn Jaafar (KDOJ) dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR) Tenggaroh 7, UTM International dan Bahagian Keselamatan UTM telah berjaya menganjurkan Bengkel Simenfero & Landskap Tenggaroh 7 selama dua hari satu malam bertempat di Felda Tenggaroh 7, Mersing, Johor.

Bengkel ini merupakan Fasa Ketiga Program KEKAL (Kelestarian Ekosistem Kelulut & Alam Lestari), yang memberi tumpuan kepada pemindahan pengetahuan berkaitan teknologi pembinaan simenfero kepada komuniti setempat. Seramai 50 peserta telah mengambil bahagian, termasuk pelajar antarabangsa UTM dari Nigeria, Iran, Bangladesh, dan Chad yang menetap di KDOJ, menzahirkan elemen perpaduan dan kerjasama rentas budaya.

Sepuluh unit simenfero berjaya dibina secara amali dalam bengkel ini, menjadikan ia bukan sekadar sesi latihan teori, tetapi juga platform pembelajaran berasaskan pengalaman sebenar. Aktiviti ini secara langsung menyumbang kepada Sustainable Development Goals (SDG), khususnya:

  • SDG 4: Pendidikan Berkualiti melalui pemindahan ilmu dan latihan teknikal,

  • SDG 11: Bandar dan Komuniti yang Lestari dengan pembangunan infrastruktur mesra alam, dan

  • SDG 17: Perkongsian untuk Matlamat, hasil kerjasama pelbagai pihak.

Dari sudut Environmental, Social, and Governance (ESG), program ini memperkukuh komitmen sosial (S) dengan memperkasakan komuniti luar bandar dan menggalakkan partisipasi pelajar antarabangsa dalam inisiatif pembangunan mampan. Ia juga mencerminkan tadbir urus (G) yang baik melalui sinergi antara universiti, agensi tempatan, dan masyarakat.

Dalam konteks planetary health, pendekatan simenfero yang mesra alam dan tahan lama memberi sumbangan kepada pengurangan impak persekitaran jangka panjang, selari dengan matlamat kelestarian global.

Program KEKAL akan diteruskan dengan Fasa 4 pada bulan Mei dengan fokus baharu dalam memperkasa biodiversiti dan teknologi lestari. Diharapkan inisiatif ini dapat terus memberikan impak yang signifikan kepada komuniti dan menjadi contoh amalan terbaik integrasi ilmu, kemasyarakatan, dan kelestarian sejagat.

Ikuti kami untuk cerita penuh berkenaan projek komuniti KEKAL ketik gambar di bawah.