10 Mac 2025, UTM – Tinjuan wakil industri, Outflank Services & Trading bagi membincangkan penambahbaikan prototype untuk membangunkan mesin penghidratan madu kelulut komersial bagi program Kelestarian Ekosistem Kelulut & Alam Lestari (KEKAL) Bersama Komuniti Felda Tenggaroh 7, Mersing.
Pembangunan mesin penghidratan madu kelulut ini akan dibangunkan sekiranya Dr. Mohd Amri Md Yunus selaku ketua projek berjaya menyakinkan panel penilai dan sekali gus memperoleh dana Sosio Ekonomi Johor (SEJ) melalui CCIN, UTM sebagai peruntukan tambahan program KEKAL.
Hasrat murni untuk memberikan mesin penghidratan madu kelulut ini kepada komuniti Felda Tenggaroh 7 sebagai simbolik komitmen jalinan kerjasama antara KDOJ,UTM dengan komuniti Felda Tenggaroh 7.
Diharapkan, dengan adanya mesin penghidratan madu kelulut ini maka program KEKAL ini akan memberimpak yang lebih meluas kepada semua pihak.
Gambaran Isometric mesin penghidratan yang baharu
Ikuti kami untuk cerita penuh berkenaan projek komuniti KEKAL ketik gambar di bawah.