Home » Notice and News » MESYUARAT DAN LAWATAN TAPAK PROJEK BERSAMA WAKIL PEGAWAI DAERAH MERSING BAGI PROGRAM KELESTARIAN EKOSISTEM KELULUT & ALAM LESTARI (KEKAL) BERSAMA KOMUNITI FELDA TENGGAROH 7
MERSING, 23 Jan – Mengangkat aspirasi Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) UTM bagi pelaksanaan program berimpak melibatkan komuniti mengikut daerah sasaran dengan penganjuran program 1 Kolej 1 Daerah (1K1D) maka Jawatankuasa Kolej Pelajar Kolej Dato’ Onn Jaafar (JKP KDOJ) menganjurkan program Kelestarian Ekosistem Kelulut & Alam Lestari (KEKAL) Bersama Komuniti Felda Tenggaroh 7 bermula 28 November 2024 hingga 27 September 2025. Program KEKAL ini telah pun memulakan fasa pertama dengan penganjuran program Bengkel Biak Lebah Kelulut Lestari Menggunakan Kotak Perangkap pada 28 November 2024.
Sehubungan dengan itu, bagi meningkatkan kadar keberjayaan program KEKAL ini maka jalinan kerjasama dengan Pejabat Daerah Mersing telah dilakukan supaya program ini mendapat sokongan penuh yang jitu daripada komuniti dan pentadbiran. Permohonan untuk mendapatkan dana Sosioekonomi Johor (SEJ) melalui Pusat Jaringan Komuniti dan Industri (CCIN) UTM perlu mendapatkan sokongan daripada pejabat daerah Mersing Johor.
Oleh itu, satu mesyuarat telah dilakukan bersama-sama YBrs. Mohd Ezwan bin Jamigoe, Penghulu Kanan Mukim Mersing dan YBrs. Umarrazki bin Mochlis, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Rancangan Felda Tenggaroh 7 untuk membincangkan peranan dan sokongan yang boleh berikan oleh semua pihak secara konsisten Bagi memperlihatkan komitmen KDOJ dalam menjayakan program KEKAL ini, sesi mesyuarat bersama wakil pegawai Daerah Mersing diakhiri dengan lawatan ke tapak perangkap kelulut di mana telah berjaya mewujudkan satu koloni kelulut baharu di Felda tenggaroh 7.
Diharapkan sinergi dan sokongan yang diberikan oleh pejabat Daerah Mersing akan memberi sumbangan dan impak terhadap program KEKAL ini untuk terus berjaya dengan lancar di masa hadapan.