Skip to content
Home » Notice and News » Projek Komuniti KEKAL: Khemah Kanopi untuk Semaian Anak Pokok

Projek Komuniti KEKAL: Khemah Kanopi untuk Semaian Anak Pokok

8 Mac 2025 – Usaha untuk memastikan kelestarian alam melalui Projek Komuniti KEKAL diteruskan dengan pembinaan khemah kanopi bagi tapak penyemaian anak pokok keperluan lebah kelulut di sekitar Kolej Dato’ Onn Jaafar (KDOJ). Projek ini bertujuan untuk menyediakan perlindungan kepada anak-anak pokok yang disemai daripada biji benih dan teknik tut.

Dalam inisiatif yang melibatkan semangat gotong-royong, Dr. Amri bersama keluarganya telah menyiapkan pembinaan khemah kanopi berukuran 12 kaki × 6 kaki × 8 kaki. Tiang bagi struktur ini telah dinaikkan lebih awal oleh para pelajar KDOJ dalam sesi gotong-royong terdahulu.

Pada hari ini, kerja-kerja menaikkan atap netting serta menghampar weed mat telah dilaksanakan dengan lancar. Proses yang bermula seawal jam 8.30 pagi berjaya diselesaikan menjelang 11.30 pagi.

Projek KEKAL terus menunjukkan komitmen terhadap usaha pemuliharaan alam sekitar dengan memberi perhatian kepada penyediaan habitat yang sesuai bagi tumbuhan dan serangga pendebunga seperti lebah kelulut. Kejayaan projek ini diharapkan dapat memberi manfaat jangka panjang kepada ekosistem setempat serta komuniti yang terlibat.

Ikuti kami untuk cerita penuh berkenaan projek komuniti KEKAL ketik gambar di bawah.