Skip to content
Home » Notice and News » Projek Komuniti KEKAL | Bengkel Asas Kelulut Lestari

Projek Komuniti KEKAL | Bengkel Asas Kelulut Lestari

4 Mei 2025 | Kolej Dato’ Onn Jaafar (KDOJ), Mersing, Johor

Bermula dari 1 hingga 5 Mei 2025, satu program berimpak tinggi, KEKAL: Kelestarian Ekosistem Kelulut dan Alam Lestari” telah berjaya dilaksanakan dengan penyertaan aktif daripada mahasiswa, penduduk setempat serta pelbagai pihak berkepentingan. Objektif utama program ini adalah untuk memupuk kesedaran terhadap pemeliharaan alam sekitar melalui penternakan kelulut yang lestari, memperkenal inovasi pengurusan data ternakan melalui sistem EMAS, serta memantapkan hubungan komuniti dan institusi pendidikan.

Program ini disusun rapi dengan pendekatan holistik yang merangkumi dimensi pendidikan, sosial, dan teknologi. Ia turut selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dan prinsip ESG — Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus.

Pada 4 Mei 2025, khususnya, telah dilangsungkan bengkel asas kelulut Lestari yang melibatkan seramai 40 orang peserta daripada kalangan penduduk-penduduk di komuniti Felda Tenggaroh 7 dan sekitarnya. Antara modul dan aktiviti utama yang dijalankan semasa BEngkel tersebut adalah  ialah:

  • Modul Asas Kelulut Lestari dan Bengkel Sistem EMAS (Electronic Meliponini Advanced System (4 Mei 2025): Sesi ini memperkenalkan peserta kepada biologi kelulut, habitat semula jadi, teknik pemindahan koloni, dan asas pengurusan ladang kelulut. Turut dikupas adalah asas teknik tuaian, pasca penuaian serta kawalan penyakit dan perosak.  Peserta juga diperkenalkan kepada platform digital www.emas.mytradebee.com yang digunakan untuk merekod dan mengurus data haif, aktiviti tuai, dan sejarah koloni. Sistem ini membolehkan penternak menjejak perkembangan koloni secara sistematik dan telus. Selain teori, pembelajaran dilapangan juga telah dijalankan untuk memberikan suatau pengalaman praktikal kepada peserta-peserta.

Selain daripada  Bengkel Asas Kelulut Lestari, terdapat juga aktivit-aktiviti lain yang telah dialajnkan seperti:

  • Rewang Sekampung & Gotong Royong: Merangkumi pembersihan surau, bilik literasi, dan blok kediaman serta pembinaan sudut bacaan agama — aktiviti ini menyemai nilai kerja berpasukan dan penglibatan komuniti.
  • Sesi Simenfero & Landskap Komuniti: Latihan amali yang memperlihatkan kreativiti peserta dalam mencantikkan kawasan Felda melalui teknologi simenfero yang mesra alam dan mampan.
  • Sukaneka & BBQ Komuniti: Disamping memperkukuh ukhuwah, sesi santai ini menyemarakkan semangat kekitaan antara peserta dan keluarga angkat.
  • Majlis Kesyukuran & Sumbangan Komuniti: Sumbangan kotak makanan disampaikan kepada keluarga angkat sebagai simbol solidariti dan kepedulian sosial.

Maklumat lanjut berkenaan proram KEKAL program, sila kilk gambar di bawah