Skip to content
Home » Notice and News » Program KEKAL | Lawatan tapak dan perbincangan bersama Wakil JKKR Felda Tenggaroh 7

Program KEKAL | Lawatan tapak dan perbincangan bersama Wakil JKKR Felda Tenggaroh 7

6 Februari 2025, UTM – Lawatan tapak dan perbincangan bersama Wakil Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR )Felda Tenggaroh 7 bagi pemilihan pokok-pokok landskap untuk kegunaan program Kelestarian Ekosistem Kelulut & Alam Lestari (KEKAL) Bersama Komuniti Felda Tenggaroh 7, Mersing di sekitar Kolej Dato’ Onn Jaafar telah berjalan dengan jayanya di antara jam 10.00 pagi sehingga 1.00 petang.

Agenda perbincangan adalah untuk penetapan pokok-pokok landskap sebagai simbolik Tenggaroh 7. Tema Kuning Meraja (Golden Glory) telah diangkat sebagai tema warna pokok-pokok yang akan ditaman di sekitar pintu gerbang Tenggaroh 7.

Terdapat beberapa jenis pokok yang telah dipersetujui, antaranya adalah pokok telur belangkas, pokok golden rod, pokok golden shower, pokok golden penda, pokok golden chain dan pokok Nong Nooch Vine.

Pembangunan landskap pokok ini juga dilengkapi dengan sistem penyiraman pintar. Semoga landskap yang dibangunankan ini dapat meningkatkan keceriaan dan keindahan felda Tenggaroh 7 dan memberikan sumber-sumber yang bervariasi untuk lebah kelulut.

Ikuti kami untuk cerita penuh berkenaan projek komuniti KEKAL ketik gambar di bawah.