Skip to content
Home » Notice and News » Menjelajah Hutan Sentul: Edukasi Alam Bertemu Perlebahan Pintar

Menjelajah Hutan Sentul: Edukasi Alam Bertemu Perlebahan Pintar

Pesona Alam Hutan Sentul Eco Tourism Forest

21 Mei 2025 | Sentul Eco Edu Tourism Forest, Bogor, Indonesia – Desir angin pagi menyapa di antara deretan pohon pinus di Sentul Eco Tourism Forest. Hutan seluas lebih 9,200 hektar di kaki perbukitan Sentul, Bogor ini menawarkan suasana segar jauh dari hiruk-pikuk kota. Di bawah rimbunan pepohonan, lintasan sungai dan bendang yang mendamaikan, dikelilingi sinar matahari memancar selang-seli, menciptakan corak cahaya di lantai hutan yang lembap. Kicauan burung bersahutan mengiringi langkah pengunjung menyusuri jalur setapak beralaskan daun-daun kering. Suasana alam yang indah ini memberikan ketenangan, sambil mengundang rasa ingin tahu terhadap keanekaragaman flora dan fauna di sekeliling. Para pengunjung bukan sahaja boleh menikmati udara segar dan panorama hijau, malah dapat merasakan sendiri pengalaman pelancongan edukatif – gabungan rekreasi alam dan pembelajaran yang unik di kawasan ini.

“Panorama hutan pinus di Sentul Eco Tourism Forest yang dikelola secara lestari. Kawasan ini terhasil daripada kerjasama tentang kehutanan antara Indonesia–Korea sejak 2008 dan diresmikan pada tahun 2013”

Hutan pelancongan-edukasi Sentul pada asalnya merupakan inisiatif kerjasama antara pemerintah Indonesia dan Korea Selatan. Kawasan ini dibangunkan pada 2008 sebagai proyek eco-forest, lalu diresmikan secara rasmi pada tahun 2013 oleh Menteri Kehutanan kedua-dua negara. Sejak itu, hutan ini dikelola di bawah Perum Perhutani – badan pengurusan hutan negara – melalui unit pelancongan alamnya, PALAWI. Model pengelolaannya berorientasikan pelestarian persekitarab, pendidikan, dan ekopelancongan secara ‘multi’-pihak. Bahkan, sejumlah institusi dan syarikat turut menyumbang dalam menghijaukan kawasan hutan Sentul ini melalui dana CSR mereka. Tidak hairanlah, di pintu masuk kawasan ini berkibar bendera Indonesia dan Korea sebagai simbol sejarah kerjasama antarabangsa dalam memulihkan alam.

Sebagai destinasi eko-edukasi, Hutan Sentul berperanan mendidik pengunjung tentang alam sekitar. Program-program di sini dirancang untuk membina kesedaran lingkungan sejak usia dini. Sambil berjelajah, pengunjung boleh mempelajari kepelbagaian hayati hutan tropika, usaha konservasi hutan, dan pentingnya menjaga kelestarian alam sekitar. Terdapat papan-papan informasi dan panduan dari petugas yang menerangkan jenis flora fauna yang ditemui sepanjang trek. Melalui pendekatan interaktif ini, setiap perjalanan mendaki bukit kecil atau menyeberangi jambatan di atas sungai menjadi kelas terbuka tentang ekosistem hutan. Komitmen pengurusan terhadap pendidikan lingkungan sangat jelas – kawasan ini bukan sekadar tempat berekreasi, tetapi juga sarana pembelajaran alam yang hidup.

Fasiliti yang tersedia di Sentul Eco Tourism Forest turut mendukung fungsinya sebagai pusat edukasi. Di tengah hutan pinus yang sejuk, terdapat ‘camping ground’, asrama, dewan terbuka, dan balai informasi yang dilengkapi mini laboratorium Infrastruktur ini memudahkan pelaksanaan kegiatan seperti kem pendidikan, program kesedaran alam untuk sekolah, serta latihan-latihan konservasi. Pihak pengelola PALAWI memastikan prinsip pelancongan lestari dipatuhi – operasional kawasan dijaga agar tidak merosakkan lingkungan, dengan penekanan pada konservasi alam jangka panjang. Inisiatif seperti program penanaman semula pokok oleh komuniti dan syarikat korporat kerap dijalankan, menjadikan hutan ini model bagaimana pelancongan boleh berjalan seiring dengan pemeliharaan alam.

Honey Academy Sempena World Bee Day: Teknologi Lebah Pintar

Pada 20 Mei yang lalu, sempena World Bee Day sedunia, Hutan Sentul menjadi pentas kesinmbungan sebuah inisiatif eko-edukasi terbaru yang mengujakan. World Bee Day yang disambut setiap 20 Mei bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai peranan penting lebah dan serangga penyerbuk lain dalam menjaga kelestarian ekosistem dan ketahanan bekalan makanan dunia. Dalam semangat itulah, Honey Academy di Hutan Sentul dilancarkan untuk menggabungkan pendidikan perlebahan (apikultur) dengan inovasi teknologi terkini.

Honey Academy ialah penyelaras program antara-negara yang mempertemukan pakar teknologi, ahli akademik, penggiat industri lebah, dan pengelola hutan dalam satu misi: membangunkan masa depan perlebahan pintar di Indonesia. Kolaborasi strategik ini melibatkan beberapa pihak utama:

  • Universiti Teknologi Malaysia (UTM) – melalui kepakaran Dr. Mohd Amri bin Md Yunus, yang menerapkan teknologi Internet of Things (IoT) untuk pemantauan sarang lebah kelulut (lebah tanpa sengat) secara pintar. Sistem sensor dan alat IoT dicipta khas untuk mengawasi kondisi koloni lebah dalam real-time, dari suhu dan kelembapan sarang hingga jumlah madu yang dihasilkan, semuanya boleh diakses secara jarak jauh. Langkah ini mendukung budidaya lebah kelulut yang lebih efisien dan terpantau rapi, menjadikan penternakan lebah tradisional bertransformasi ke arah digital.
  • IPB University (Indonesia) – sebagai rakan sainstifik utama yang menyediakan sokongan penyelidikan dan analisis data berasaskan akademik. Para penyelidik IPB terlibat dalam mengkaji perilaku lebah tropis, produktiviti madu, serta memastikan inisiatif perlebahan pintar ini selaras dengan prinsip ekologi. Hasil kajian akan memperkukuh data nasional tentang lebah dan membantu merumuskan best practice untuk penternakan lebah secara lestari.
  • Asosiasi Perlebahan Indonesia (API) – selaku penggerak ekosistem industri lebah madu di peringkat nasional berperanan menghubungkan program Honey Academy ini dengan para penternak lebah tempatan dan komuniti perlebahan di seluruh Indonesia. Melalui API, modul-modul pelatihan penternak lebah disusun supaya standard kemahiran dan pengetahuan seragam dapat dibangunkan. Mereka memfokuskan kepada peningkatan literasi dan kemahiran para peternak – dari teknik budidaya kelulut yang baik hinggalah strategi pemasaran madu. Di masa hadapan, kerangka program latihan bersertifikasi secara nasional di bidang perlebahan diharapkan lahir dari kerjasama ini, sehingga lebih ramai belia dan komuniti mampu menjadi usahawan lebah madu terlatih.
  • PALAWI – selaku pengelola kawasan hutan Sentul dan fasilitator utama dalam pengembangan pusat pelancongan edukasi di sini. PALAWI menyediakan prasarana lokasi, perizinan, dan sokongan logistik bagi setiap aktiviti Honey Academy. Pengalaman mereka dalam mengendalikan ekowisata memastikan program latihan lebah dapat dilaksanakan dalam suasana alam terbuka yang kondusif dan aman. Para peserta dapat belajar perlebahan, langsung di habitat aslinya, menjadikan Hutan Sentul sebagai makmal hidup untuk inovasi.

Menuju Masa Depan Lestari Bersama Lebah

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.

Maklumat lanjut berkenaan program KEKAL , sila klik gambar di bawah.