7-16 November 2024 – UTM – Kontinjen Kolej Dato’ Onn Jaafar (KDOJ) mencatat pencapaian membanggakan di UTM Games 2024 dengan membawa pulang 2 pingat emas, 3 pingat perak, dan 3 pingat gangsa. Seramai 101 atlet KDOJ telah menyertai 11 acara utama sukan, menonjolkan semangat kesukanan yang tinggi dan komitmen terhadap kecemerlangan dalam pelbagai bidang sukan.
Acara yang disertai kontinjen KDOJ termasuk bola baling, bola jaring, bola keranjang, bola sepak, bola tampar, futsal, olahraga dan acara padang, petanque, ping pong serta woodball. Kejayaan ini bukan sahaja mencerminkan bakat dan dedikasi atlet tetapi juga hasil usaha latihan intensif dan sokongan berterusan daripada pengurusan sukan masing-masing.
Objektif Penyertaan Kontinjen KDOJ:
- Meningkatkan semangat kesukanan melalui penyertaan dalam UTM GAMES
- Memupuk semangat kerjasama, disiplin, dan persahabatan dalam kalangan pelajar.
- Platform memberikan peluang kepada atlet untuk mempamerkan bakat dan bersaing di peringkat universiti secara sihat.
Dr. Mohd Amri selaku pengetua KDOJ, menyatakan rasa bangga terhadap usaha dan prestasi semua atlet. “Kejayaan ini adalah hasil kerja keras bersama. Kami berharap dapat mengekalkan momentum ini untuk UTM Games seterusnya,”.
Majlis penutup UTM Games 2024 berlangsung dengan meriah, diiringi sorakan gemuruh daripada penyokong KDOJ yang setia memberi semangat sepanjang pertandingan. Kontinjen KDOJ kini bersedia untuk terus bersinar pada edisi mendatang!
Lebih banyak gambar-gambar menarik:
https://drive.google.com/drive/u/0/folders/1dw9pJ6x_cXA9QoY4Mrp-9qTFUZ8W-izV