Skip to content
Home » Notice and News » MALAYSIA-INDONESIA: MOBILITI ANTARABANGSA STEM & KEBUDAYAAN

MALAYSIA-INDONESIA: MOBILITI ANTARABANGSA STEM & KEBUDAYAAN

12 September,Deligasi Antarabangsa: UTM-UMRAH
– Pengenalan UTM
– Pengenalan UMRAH
– Penerangan program KDOJ
12 September, Tanjung Riau, Indonesia – Kolej Dato’ Onn Jaafar, UTM telah melaksanakan deligasi antarabangsa UTM- UMRAH melibatkan 2 pensyarah pengiring, 5 pelajar pascasiswazah daripada UTM dan 25 pelajar serta pensyarah dari UMRAH. Delegasi ini mewujudkan hubungan baik UTM-UMRAH dengan pengenalan UTM-UMRAH dan perbincangan program 2 hala bagi masa hadapan.

Tanggungjawab dan usaha sama mengangkat dan melestarikan produk alam sekitar. Mahasiswa KDOJ, UTM telah berpeluang melawat Rumah Rendah Karbon yang diusahakan oleh syarikat swasta persendiri yang dikenali sebagai Carbon Ethics. Syarikat Carbon Ethics menghasilkan produk berasaskan bakau yang menarik seperti baju batik, sabun dan kudapan.

Kolej Dato’ Onn Jaafar (KDOJ) bersama Kelab Debat Pidato dan Pemikiran Kritis (DEPIKIR) julung-julung kalinya melaksanakan MASK 24 bertujuan memartabatkan warisan budaya nusantara di bumi Riau.

Program MASK 24 yang dijalankan ini bukan sahaja dapat melestarikan warisan kebudayaan nusantara namun berjaya mengangkat bidang tujahan KDOJ sebagai pengerak program kebudayaan.
Nilai budaya nusantara yang diterapkan sepanjang program ini secara tidak langsung mampu membentuk akhlak dan adab pelajar KDOJ untuk menjaya manusia yang berbakti kepada semua pihak.