Skip to content
Home » Notice and News » TABUNG BANTUAN KHAS ENCIK MOHD ADI BIN MD SANIF STAF BAHAGIAN KESELAMATAN UTM

TABUNG BANTUAN KHAS ENCIK MOHD ADI BIN MD SANIF STAF BAHAGIAN KESELAMATAN UTM

Tabung Bantuan Khas ini diwujudkan sebagai tanda keprihatinan warga UTM untuk menghulurkan bantuan bagi Encik Mohd Adi bin Md Sanif staf Bahagian Keselamatan UTM yang menghadapi masalah kesihatan dan menjalani pembedahan pemotongan kaki kanan ke paras lutut akibat komplikasi sakit diabetes yang kronik. Sumbangan yang dihulurkan adalah untuk pembelian kerusi roda dan rawatan kesihatan lanjutan. Terima kasih atas sumbangan daripada semua pihak.

Encik Mohd Adi bin Md Sanif merupakan Pembantu Keselamatan di Bahagian Keselamatan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) . Beliau dikenali sebagai penggerak utama dalam latihan pengungsian dan kebakaran di Kolej Dato’ Onn Jaafar (KDOJ), UTM. Salah satu sumbangan penting beliau adalah dalam penganjuran Latihan Kebakaran KDOJ 2024, yang melibatkan kerjasama dengan Akademi JDT. Latihan ini mensimulasikan situasi kecemasan dengan bunyi letupan dan siren, diikuti dengan pengungsian penghuni ke kawasan selamat, serta demonstrasi pemadaman kebakaran oleh pasukan keselamatan UTM.

Sumbangan beliau dalam memastikan keselamatan dan kesiapsiagaan warga kolej amat dihargai. Sebagai tanda keprihatinan, Tabung Bantuan Khas di atas telah diwujudkan untuk membantu beliau dalam pembelian kerusi roda dan rawatan kesihatan lanjutan