Sayembara Bahasa Melayu 2024 telah berlangsung dari 14 Mei hingga 29 Jun 2024, dianjurkan oleh Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Dato’ Onn Jaafar (JKM KDOJ) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), UTMAlumni, Pusat Islam UTM, Kelab Debat, Pidato dan Pemikiran Kritis (DEPIKIR), serta Sekretariat Rukun Negara UTM (SRN).
Baca: UTM News
Pertandingan ini mempertandingkan dua acara utama:
- Pertandingan Mencipta dan Mendeklamasikan Sajak
- Pertandingan Penulisan Esei Jawi
Kedua-dua pertandingan ini terbuka kepada warganegara Malaysia berusia 16 hingga 23 tahun.
Penganjuran kali ketiga ini menerima sambutan hangat dengan 113 penyertaan dari seluruh negara. Selangor mencatatkan penyertaan tertinggi sebanyak 31, manakala Johor, selaku tuan rumah, menghantar 10 penyertaan. Penganjuran kali ini juga mendapat penyertaan daripada perbagai bangsa seperti bangsa cina, india, dan lain-lain.
Keputusan pertandingan adalah seperti berikut:
Pertandingan Mencipta dan Mendeklamasikan Sajak: Johan dimenangi oleh Akmal Hasif Mohamad Sukri, 22 tahun, penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Pertandingan Penulisan Esei Jawi: Kemenangan diraih oleh Amni Nur Unaisah Mohd Kasim, 18 tahun, dari Sekolah Menengah Agama (SMA) Daeratul Ma’arifil Wataniah 1, Pulau Pinang.
Menurut Muhammad Adhar Zorobi, timbalan pengarah program, penganjuran Sayembara Bahasa Melayu akan diusahakan untuk dianjurkan setiap tahun sebagai inisiatif memartabatkan Bahasa Melayu dan melestarikan tulisan Jawi, khazanah negara Malaysia yang perlu diperkasakan bersama