PANDUAN PELAJAR MEMBANGUN ADAB DAN ETIKA
Latest News/Notice/Article
UCAPAN KHAS TNC(HEPA) : MENUTUP LEMBARAN 2024, MENCORAK MASA DEPAN 2025
Kem Pemantapan JKM KDOJ Sesi 2024/2025
INISIATIF KESELAMATAN ASET UTM : KONTRAKTOR TIDAK MEMAKAI UNIFORM SYARIKAT @ JAKET KESELAMATAN?
Panduan Pelajar Membangun Adab dan Etika
KELESTARIAN EKOSISTEM KELULUT & ALAM LESTARI (KEKAL) BERSAMA KOMUNITI FELDA TENGGAROH 7
KATA-KATA ALUAN TIMBALAN NAIB CANSELOR HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI
Buku Panduan Pelajar: Membangun Adab dan Etika merupakan hasil daripada usaha bersama pasukan penulis daripada Majlis Felow Kolej Kediaman, Jabatan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JTNC HEPA) Universiti Teknologi Malaysia. Proses penyusunan buku ini melibatkan rangkaian bengkel yang dijalankan dengan penuh teliti, bertujuan menyusun panduan yang releven dan membangunkan penerapan adab dan etika pelajar sepanjangpengajian di UTM.
Buku ini bukan sekadar himpunan aturan, namun merupakan sebuah panduan komprehensif dalam membentuk sahsiah diri yang positif berlandaskan nilai-nilai murni yang seharusnya diamalkan oleh setiap warga UTM. Pihak JTNC HEPA memahami bahawa universiti membentuk generasi muda bukan sahaja untuk cemerlang dalam akademik malah untuk menjadi insan yang beradab, beretika dan bertanggungjawab. JTNC HEPA berkomitmen sepenuh hati merealisasikan hasrat UTM untuk melahirkan graduan yang berkepakaran tinggi dan mempunyai nilai-nilai adab serta etika yang utuh. Panduan ini mengandungi maklumat penting tentang adab dalam kehidupan kampus, pengurusan program pelajar dan kepimpinan pelajar secara beretika.
Dengan harapan agar buku ini menjadi panduan hidup oleh pelajar dalam membentuk jati diri yang beradab dan beretika, marilah kita bersama-sama menginspirasikan perubahan positif dalam kehidupan. Selamat membaca dan selamat mengamalkan ilmu yang dipelajari di UTM.
Sekian, Terima kasih.
Prof. Ts. Dr. Ali bin Selamat
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni
Universiti Teknologi Malaysia