Home » Notice and News » Memperkasakan kepimpinan melalui aktiviti khidmat masyarakat
LENGGONG, 26 Feb. – Dalam usaha untuk membentuk ciri kepimpinan dalam kalangan Jawatankuasa Kolej Mahasiswa (JKM), Kolej Dato’ Onn Jaafar menjalinkan kerjasama bersama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Lenggong dengan libat sama komuniti pada 23 Febuari 2024.
Kem Pembentukan dan Pemantapan JKM Kolej Dato’ Onn Jaafar Sesi 2023/2024 yang telah berlangsung di Lenggong bermula 21 Febuari hingga 24 Febuari baru-baru ini telah disertai seramai 33 orang perserta termasuk ahli JKM dan Majlis Felow Kolej Dato’ Onn Jaafar.