13 Disember 2024, Semenyih – Majlis Felow Kolej Dato’ Onn Jaafar (KDOJ) telah berjaya melaksanakan Kem Pemantapan bersama ahli Jawatankuasa Kolej Mahasiswa (JKM) KDOJ Sesi 2024/2025 di Semenyih Eco Venture Resort & Recreation.
Kem pemantapan ini melibatkan 6 orang staf UTM dan 14 orang pelajar yang terdiri daripada Majlis Felow dan JKM.
Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang kem bagi memupuk sifat kepimpinan, kerjasama, komunikasi, dan perpaduan antara Majlis Felow dan ahli JKM yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama.
Antara aktiviti tersebut adalah aktiviti berkumpulan melibatkan JKM yang terdiri daripada dua kumpulan. Dalam aktiviti ini, terdapat dua permainan iaitu Kereta Api Elite dan Can Challenge. Kedua-dua permainan ini telah mencabar pemikiran kritis JKM dalam menyelesaikan masalah.
Seterusnya, aktiviti antara Majlis Felow dan JKM juga dilaksanakan bagi mencapai semangat kekitaan sesama ahli. Aktiviti ini juga merangkumi dua permainan iaitu Giant Slipper dan Water Shooting, yang masing masing terdiri daripada empat dan tiga kumpulan.