Skip to content
Home » Notice and News » INISIATIF KESELAMATAN ASET UTM : KONTRAKTOR TIDAK MEMAKAI UNIFORM SYARIKAT @ JAKET KESELAMATAN?

INISIATIF KESELAMATAN ASET UTM : KONTRAKTOR TIDAK MEMAKAI UNIFORM SYARIKAT @ JAKET KESELAMATAN?

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,

INISIATIF KESELAMATAN ASET UTM : KONTRAKTOR TIDAK MEMAKAI UNIFORM SYARIKAT @ JAKET KESELAMATAN?

Dengan segala hormatnya, saya merujuk perkara di atas.

Bahagian Pengurusan Aset, Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) ingin memaklumkan bahawa kebelakangan ini terdapat peningkatan dalam kes kecurian yang berlaku di UTM, yang amat membimbangkan. Oleh itu, Bahagian Pengurusan Aset telah mengambil inisiatif untuk membendung kejadian kecurian atau kehilangan aset di kawasan tapak bina dengan pelaksanaan pemakaian uniform syarikat atau jaket keselamatan oleh kontraktor semasa berada di dalam kampus. Langkah ini bertujuan memudahkan warga kampus UTM mengenal pasti dan membezakan pekerja kontraktor dan orang awam.

Sehubungan dengan itu, Bahagian Pengurusan Aset JTNC (P) telah bekerjasama dengan Bahagian Keselamatan UTM untuk meningkatkan keselamatan di kampus, dan kami memohon kerjasama semua warga kampus UTM untuk membantu dalam menjaga harta benda milik Universiti. Sila laporkan sebarang kejadian mencurigakan kepada Bahagian Keselamatan melalui talian 07-5333013 atau WhatsApp di talian 010-5363013.

Kerjasama dan perhatian daripada semua warga kampus UTM amatlah dihargai.

Terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”
‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA KERANA ALLAH’

Saya yang menjalankan amanah,


Pejabat Pentadbiran
Bahagian Pengurusan Aset (BPA)
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Pembangunan)
Blok F53
Universiti Teknologi Malaysia
81310 UTM Johor Bahru, Johor
Emel : bpa@utm.my

. Menginovasi Penyelesaian / Innovating Solutions .