Pada 7 Februari yang lalu, sekumpulan pelajar UTM — majoritinya daripada Assasi UTM dan JKP — telah menyambung langkah program KEKAL ke Felda Tenggaroh, Mersing. Kami bertolak dari Blok A, KLG UTM seawal pagi dengan satu misi mudah tapi besar maknanya: buat pemprofilan komuniti dan lihat sendiri perkembangan projek kelulut KEKAL di lapangan.
Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif KEKAL Bersama Komuniti, sebuah program berkonsepkan kelestarian yang memfokuskan kerjasama bersama komuniti setempat dalam usaha membina pembangunan yang mampan 🌱🐝.
Bertolak dari UTM
Suasana santai tapi fokus. Semua telah bersiap dengan barang-barang keperluan masing-masing, ada juga yang jadi “navigator” sepanjang perjalanan. Perjalanan ke Mersing kali ini bukan sekadar lawatan biasa — ia sambungan komitmen kita bersama komuniti.
Aktiviti Pemprofilan Komuniti
Sepanjang aktiviti profiling ini, para sukarelawan telah menjalankan bancian komuniti dari rumah ke rumah di Rancangan Tenggaroh 5 dan Rancangan Tenggaroh Timur 7,bagi mendapatkan data komuniti yang berminat untuk terlibat dalam Program KEKAL.
Borang ini bukan sekadar tanya soalan biasa. Ia menyentuh:
Demografi responden
Tahap kefahaman asas ekologi kelulut
Persediaan ladang ternakan
Penjagaan koloni & kawalan penyakit
Teknik penuaian madu & roti lebah
Penggandaan koloni
Strategi pemasaran & penjualan produk kelulut
Pendek kata, kita cuba faham dari A sampai Z — bukan hanya siapa berminat, tapi sejauh mana pengetahuan dan kesediaan komuniti untuk bergerak bersama dalam model penternakan kelulut mampan.
Sesi ini dibuat secara santai, berbual terus dengan komuniti. Dari situ kita nampak potensi, cabaran, dan juga semangat mereka yang mahu belajar.
Membantu pemantauan tahap keaktifan (contoh konsep FIFO >70)
Bila komuniti nampak sendiri bagaimana teknologi boleh bantu penternakan, barulah jelas bahawa KEKAL bukan sekadar projek kelulut biasa — ia gabungan komuniti + teknologi + kelestarian.
Rezeki Kenduri & Ukhuwah
Yang paling “manis” selain madu — jemputan makan kenduri kahwin oleh komuniti setempat.
Terima kasih kepada komuniti Felda Tenggaroh 7 atas layanan mesra dan kerjasama yang sangat baik. Hubungan seperti ini yang kita mahu kekalkan — bukan sekadar datang ambil data, tapi bina silaturahim.
Pendekatan temu bual secara bersemuka ini bukan sahaja memudahkan pengumpulan data, malah mengeratkan hubungan antara mahasiswa dan masyarakat setempat. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada:
🤍 Komuniti Felda Tenggaroh atas sambutan yang sangat mesra 🤍 Para sukarelawan UTM atas komitmen dan dedikasi 🤍 Semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini
Semoga usaha kecil ini memberi impak besar dalam memperkukuh kelestarian komuniti dan menjadi langkah awal ke arah pencapaian 💚 KEKAL Bersama Komuniti — Membina Kelestarian, Menyemai Harapan.