Skip to content
Home » Notice and News » 🌿 Program Semburan Fokal & Saringan Malaria & Filaria (BFMP/BFMF) di Kolej Dato’ Onn Jaafar, UTM

🌿 Program Semburan Fokal & Saringan Malaria & Filaria (BFMP/BFMF) di Kolej Dato’ Onn Jaafar, UTM

Pada 24 Oktober 2025, telah berlangsung Program Semburan Fokal dan Saringan Malaria & Filaria anjuran bersama Pejabat Kesihatan Daerah Kulai (PKD Kulai) dan Kolej Dato’ Onn Jaafar (KDOJ), Universiti Teknologi Malaysia.
Program ini bertujuan memastikan kawasan kolej bebas daripada risiko penularan penyakit bawaan nyamuk serta mengesan awal sebarang kes jangkitan dalam kalangan pelajar.
📊 Pencapaian Program:
Sebanyak 81% daripada keseluruhan 84 orang sasaran telah berjaya menjalani saringan yang terdiri daripada pelajar antarabangsa Kolej Dato’ Onn Jaafar.
Terima kasih diucapkan kepada pihak PKD Kulai atas kerjasama dan komitmen yang tinggi, serta kepada semua pelajar, Ahli Jawatankuasa Program dan staf KDOJ yang telah memberikan sokongan sepanjang program ini dijalankan.
Semoga usaha ini menyumbang kepada matlamat “Sifar Malaria Tempatan Menjelang 2025.” 🌿