Skip to content
Home » Notice and News » Jawatan Kuasa Pelajar (JKP) Baharu, Semangat Baharu: Kem Pembentukan & Pemantapan KDOJ 2025/2026

Jawatan Kuasa Pelajar (JKP) Baharu, Semangat Baharu: Kem Pembentukan & Pemantapan KDOJ 2025/2026

Disediakan oleh: Nur Fakhira Binti Mohd Asri
Kolej Dato’ Onn Jaafar (KDOJ), Universiti Teknologi Malaysia

Kolej Dato’ Onn Jaafar (KDOJ) telah berjaya melaksanakan Kem Pembentukan dan Pemantapan Jawatankuasa Kolej Pelajar (JKP) bagi sesi 2025/2026 yang berlangsung selama empat hari bermula 27 hingga 30 November 2025. Program tahunan ini bertujuan membentuk kepimpinan pelajar yang berwibawa serta memupuk semangat kerjasama antara para pemimpin mahasiswa di KDOJ.

Sesi 1: Kem Pembentukan JKP (27–28 November 2025)

Kem Pembentukan telah dijalankan di Bilik Aktiviti XC1, KDOJ dengan penyertaan 23 orang pelajar JKP. Program dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengetua KDOJ, Dr. Mohd Amri bin Md Yunus, diikuti sesi pembentukan organisasi JKP.

Dalam sesi tersebut, Muhammad Danish Haqime bin Mohd Luaime telah dipilih sebagai Presiden JKP KDOJ Sesi 2025/2026.

Para peserta kemudiannya mengikuti sesi pendedahan berkenaan format penulisan kertas kerja, laporan program, serta keperluan penyediaan program bersesuaian untuk penyertaan Top Bidder UTM, yang telah disampaikan oleh Muhammad Adhar bin Zorobi.

Dr Mohd Amri memberikan taklimat
Muhammad Danish di sebelah kanan
Muhammad Adhar memberikan ceramah

Pada hari kedua, peserta diberikan penerangan tentang Anugerah Gemilang Mahasiswa (GEMA), juga oleh Muhammad Adhar bin Zorobi, diikuti sesi penting mengenai perancangan program berimpak, pengurusan takwim dan pengurusan bajet program, yang dikendalikan oleh Prof. Ir. Dr. Sharul Kamal bin Abdul Rahim. Sesi ini memberi gambaran jelas kepada JKP tentang hala tuju program sepanjang penggal kepimpinan mereka.

Penerangan oleh Prof. Ir. Dr. Sharul Kamal bin Abdul Rahim

Sesi 2: Kem Pembentukan JKP (29–30 November 2025) | Hari Pertama

Kem Pemantapan telah dijalankan di Kem Permata Resort, Alor Gajah, Melaka dengan penyertaan 11 pelajar JKP, 6 Pembantu Felo, dan 4 orang Felo. Program dimulakan dengan ucapan ringkas oleh Dr. Mohd Amri sebelum aktiviti bermula.

Kem ini dibimbing sepenuhnya oleh fasilitator Kem Permata iaitu Coach Naf’an dan Coach Daniel. Setibanya peserta di lokasi, mereka mengikuti aktiviti icebreaking, pembentukan kumpulan, serta Latihan Dalam Kumpulan (LDK).

Pada sebelah petang, peserta mengikuti aktiviti jungle trekking di laluan kebun sawit di sekitar kawasan kem, diikuti aktiviti water confident di tasik menggunakan jaket keselamatan dengan pemantauan ketat fasilitator.

Pada sebelah petang, peserta mengikuti aktiviti jungle trekking di laluan kebun sawit di sekitar kawasan kem, diikuti aktiviti water confident di tasik menggunakan jaket keselamatan dengan pemantauan ketat fasilitator.

Hari pertama diakhiri dengan aktiviti Night Race, di mana setiap kumpulan perlu mencari klu di sekitar kawasan kem, menguji kerjasama, komunikasi dan daya ketahanan mental.

Sesi 2: Kem Pembentukan JKP (29–30 November 2025) | Hari Kedua

Hari kedua dimulakan dengan aktiviti senamrobik, disusuli sarapan pagi. Peserta kemudian diberi peluang mencuba aktiviti memanah (archery), yang turut mendedahkan beberapa peserta kepada bakat terpendam mereka.

Program seterusnya ialah Telematch Challenge yang melibatkan pelbagai permainan berkumpulan antara dua kumpulan utama peserta.

Kemudian, majlis diteruskan dengan ucapan penutup oleh Prof. Ir. Dr. Sharul Kamal bin Abdul Rahim, yang memberikan suntikan semangat kepada barisan JKP baharu untuk terus merencana dan menggerakkan program-program berimpak bagi memartabatkan kecemerlangan KDOJ.